Monday, April 27, 2009

Rajawali - Sumpahan Suci Mahsuri - 1990




Rajawali
Sumpahan Suci


(Music by Rosli Selasih)
(Lyrics by Mahsuri)


Disebut namanya mengingatkan kita
Menjadi sejarah yang sukar dilupa
Terukir di dalam ingatan
Sentuhan bayangan
Suatu kembara di pulau impian

Kisah yang terjadi berabad lamanya
Menyayat memori tauladan bersama
Kasihan Mahsuri di dalam tangisan
Membela nasibnya
Berserah kepada yang esa

Dan lahirlah serangkap sumpahan yang suci
Kecundang terbakar tandusan binasa
Lagenda Mahsuri di pulau Langkawi

Dengan darah putih membasahi bumi
Berakhir hayatnya dengan tanda tanya
Mengapa difitnah disiksa
Yang tidak berdosa kerana kuasa
Di tangan mereka

Berkat doa insan bangunlah Langkawi
Dengan kemajuan rantau nusantara
Terkenal di sana di sini
Di kota di desa menyebut namanya
Gembira mereka

Dan lagenda Mahsuri di pulau Langkawi
Akhirnya menjadi sumpahan yang suci
Lagenda Mahsuri di pulau Langkawi

No comments:

Post a Comment